Apa itu serum?

Serum adalah sejenis cecair yang mengandungi formula yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit. Serum terdiri daripada bahan yang berasaskan air yang mudah dan cepat menyerap masuk sehingga ke lapisan dalaman kulit (dermis) dan tidak berminyak. 



Serum bertindak untuk 

  • merawat pelbagai permasalahan kulit seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kering, kedutan dan garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah
  • membantu mencegah jerawat 
  • mencerahkan kulit 
  • memberi kesegaran dan keanjalan pada kulit. 

Serum adalah ejen yang membekalkan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh sel-sel kulit. Serum muka adalah amat penting untuk semua jenis kulit, dan harus menjadi amalan penjagaan kecantikan harian kita tanpa mengira faktor umur. Serum menjadi keperluan bagi kulit kita masa kini yang kerap terdedah kepada radikal-radikal bebas di udara yang boleh menyebabkan kerosakan sel-sel kulit.


Serum berfungsi sebagai ejen pembaik pulih, ejen anti-penuaan, ejen hidrasi, dan ejen pencerahan.

Ejen Pembaik Pulih 

Memperbaiki sel-sel yang rosak serta memberi vitamin bagi mempercepatkan penumbuhan sel-sel yang baru. Juga mengelakkan berlaku pembentukan kotoran di bawah kulit muka yang mengakibatkan jerawat.

Ejen Anti-Penuaan

Mengurangkan garis-garis halus dan kedut serta menurunkan kadar pembentukan tompok-tompok hitam pada kulit. Ia juga dapat menegangkan kulit muka untuk awet muda.

Ejen Hidrasi 

Membekalkan cairan yang diperlukan oleh muka supaya tidak berlaku pengeringan dan pengelupasan.

Ejen Pencerahan

Meratakan tona kulit dengan sekata dan memberi pencerahan pada kulit. 


Serum adalah produk mampu milik dan menjadi penyelesaian kepada masalah kulit kita  :)





****************************************************



Jom dapatkan  Sensual Plus Serum, hanya RM7 sebotol.


Dan boleh juga dapatkan dengan harga RM5 sebotol untuk pembelian sebanyak 10 botol (boleh campur). 

:)

Untuk membuat pesanan, atau pertanyaan, 

atau whatsapp 013-5925359   :)





No comments:

Post a Comment